Sumbangan ulama nusantara kembali dari Makkah, pulang ke tanahair buka pondok dihargai – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
20 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai sumbangan ulama nusantara yang kembali dari Makkah, pulang ke tanahair membuka pesantren atau pondok.

Beliau berkata, kemudian pondok ini menjadi benteng dan pertahanan akidah umat dalam membakar semangat perjuangan kemerdekaan.

“Tiada perubahan tanpa kefahaman dan kekuatan ilmu apatah lagi hanya bergantung kepada semangat menghina dan merosakkan keamanan,” katanya dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar hadir pada program Malaysia Bermunajat di Masjid Putra, Putrajaya, juga turut melancarkan Halaqah Ilmu MADANI.

Beliau berkata negara Madani adalah negara yang memacu kemajuan namun tetap pada pangkalannya itu asas kekuatan agama, nilai dan akhlak.

Sehubungan itu, katanya peranan ulama kritikal penting dalam memberi pencerahan dan kefahaman umat untuk melakukan pembaharuan.

“Saya juga bersyukur pada malam ini dapat bersama Sahibul Fadilah Maulana Tariq Jamil, pendakwah dari Pakistan serta para ulama, tuan guru pondok dan madrasah yang telah menghadiri Muzakarah Umara dan Ulama Pondok Kebangsaan (UMRAN) di Putrajaya hari ini,” katanya.

Beliau juga menzahirkan ucapan penghargaan kepada para ulama dan hadirin atas doa yang diketuai oleh Baba Haji Abdul Rahman Abdul Kadir, Madrasah Irfan Al Islamiah dan ucapan serta harapan Syeikh Wazir Che Awang mengenai masa depan Malaysia.

Semoga amanah dan ikhtiar yang dipikul bersama ini sentiasa dalam keredhaan dan rahmat Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

‎إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّـهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Maksudnya: Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.
(Surah Hud: 88)- JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *