










Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita)
23 Julai 2025
Debaran menanti apakah pengumuman yang mahu dibuat oleh PMX sebagai ‘ ‘Penghargaan kepada rakyat Malaysia’ telah pun berakhir tengahari ini.
Penulis juga adalah antara jutaa rakyat Malaysia yang teruja menanti apakah ‘hadiah atau buah tangan’ yang bakal diterima oleh warga negara hari ini.
Ternyata penantian yang tidak sia-sia kerana hadiah penghargaan daripada PMX tersebut memang amat bermanafaat kepada rakyat khasnya golongan sasar.
Bagi yang masih lagi mahu bersosek-sosek , merungut itu ini atau tidak berpuas hati cuba damaikan jiwa dan lapangkan hati. Buka mata dan telinga seluasnya.
Mari dengar semula pengumuman tersebut atau rajin-rajin yang membaca serta membuat semakan apa yang telah diberi oleh PMX melalui Kerajaan Madani hari ini.
Sebagai rujukan : Berikut adalah butiran berita baik buat rakyat Malaysia sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.
๐. ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฌ๐๐ฌ ๐๐๐ก๐ฆ๐๐ก (๐๐๐๐) ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ – RM100 secara one-off kepada setiap rakyat Malaysia dewasa (18 tahun ke atas) melalui MyKad.
Sumbangan tersebut boleh digunakan antara 31 Ogos โ 31 Disember 2025 di 4,100 lokasi runcit utama (Mydin, Lotus, Econsave, 99Speedmart dll).
๐. ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐ฎ๐ง๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐๐
Dinaikkan kepada RM2.9 bilion.
๐. ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐ข๐ง๐ข๐ฆ๐ฎ๐ฆ ๐๐ข๐ง๐๐ข๐ค๐ค๐๐ง
RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari 2025 (sebelum ini RM1,500).
๐. ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐๐๐ฃ๐๐ซ
153,000 pekerja GLC/GLIC menerima minimum RM3,100 sebulan.
๐. ๐๐๐ง๐๐ฆ๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐จ๐ค๐ญ๐จ๐ซ & ๐๐๐ ๐๐ฐ๐๐ข ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง
Lebih 4,000 perjawatan baharu akan diisi menjelang akhir 2025.
๐. ๐๐๐ง๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ ๐ ๐๐๐ง๐ญ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐ข๐๐ง ๐๐๐๐ข
RM1,200 (2022) โ RM1,300 (2023) โ RM1,500 (2025).
๐. ๐๐ฎ๐๐ฌ๐ข๐๐ข ๐๐๐ซ๐ ๐ ๐๐๐๐ข
Dinaikkan daripada RM360 (2022) kepada RM500 (2023).
๐. ๐๐ง๐ฌ๐๐ง๐ญ๐ข๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ญ๐๐ก (๐๐๐)
RM2.50 (2022) โ RM2.70 (2023) โ RM3.00 (2024).
๐. ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฃ๐๐ญ๐ข ๐๐๐๐๐๐
Dana hingga RM100,000 untuk komuniti bagi menjana pendapatan.
๐๐. ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐๐๐๐
Diperluas dari 40 kampung (2024) โ 200 kampung (2025).
๐๐. ๐๐๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐๐๐๐
Sasaran: 1,000 buah sekolah menjelang akhir 2025.
๐๐. ๐๐ฎ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ก๐ฆ๐๐ก ๐๐๐๐๐๐
RM600 juta diperuntukkan (peningkatan 2x ganda dari RM300 juta) dan meliputi semua 600 DUN serta pelbagai barangan asas boleh diperolehi.
๐๐. ๐๐๐ซ๐ ๐ ๐๐จ๐ฅ ๐๐๐ค๐๐ฅ
Penangguhan kenaikan kadar tol 10 lebuh raya sepanjang 2025.
๐๐. ๐๐ฎ๐๐ฌ๐ข๐๐ข ๐๐๐ญ๐ซ๐จ๐ฅ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฌ๐๐ซ
Harga RON95 diturunkan kepada RM1.99/liter untuk rakyat Malaysia berkuatkuasa September 2025.
๐๐. ๐๐๐ง๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ค๐ญ๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ ๐๐ฅ๐๐ค๐ญ๐ซ๐ข๐ค
85% pengguna domestik alami penurunan bil sehingga 14% (bermula Julai 2025).
๐๐. ๐๐ฎ๐ญ๐ข ๐๐ฆ๐ฎ๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐๐ก๐๐ง mana ๐๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ (๐๐ฌ๐ง๐ข๐ง) ๐๐ข๐ข๐ฌ๐ฒ๐ญ๐ข๐ก๐๐ซ ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ฎ๐ญ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฆ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐.
PMX PEMURAH MEMAHAMI RAKYAT
Sebagaimana dihebahkan sebelum ini, pengumuman Perdana Menteri ini tidak syak lagi adalah suatu berita gembira sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dengan pelbagai cabaran ekonomi, kesediaan kerajaan berbuat sesuatu untuk meringankan beban hidup rakyat melalui pelbagai pengumuman oleh Anwar itu, ia pasti memberi kegembiraan yang sewajarnya serta diraikan.
Khususnya dengan setiap orang mendapat RM100 dan harga minyak turun daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter, hakikatnya banyak juga perbelanjaan keluarga dapat dijimatkan.
Hakikati yang perlu diakui PMX adalah pemimpin yang pemurah dan memahami keperitan rakyat dalam mengharungi kehidupan yang amat mencabar.
Penulis yakin sudah pasti PMX sebolehnya mahu memberi lagi bantuan sebanyak yang mampu demi keselesaan rakyat.
Namun sudah pasti PMX memerlukan masa serta pengurusan ekonomi dan pentadbiran yang terbaik untuk keberhasilan yang cemerlang.
Sebagai warga negara yang bijak kita mesti memberikan peluang tersebut untuk PMX melaksanakan tugasan beliau memimpin Malaysia dengan cara terbaik.
Apa yang PMX hadiahkan hari ini pasti membanggakan kita sebagai warga negara Malaysia. Segalanya untuk rakyat, rakyat dan rakyat.
Masihkah adakah kalangan kita yang tidak tahu bersyukur?
