



24 Julai 2025
Selepas Perdana Menteri umum SARA untuk Semua iaitu SETIAP RAKYAT MALAYSIA BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS akan terima RM100 SARA secara ‘one-off’ pada 31 OGOS 2025, terus ramai bertanya-tany . Eh, SARA ni bantuan apa?
Jom ambil tahu berkaitan SARA.
🪪 SARA ialah bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad penerima untuk beli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara.
🛒 Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai di seluruh negara — contohnya macam Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak kedai lain. Kedai runcit “Pak Mat” pun ada!
🍚 Barang yang boleh beli ada 14 kategori yang meliputi 90,000 barangan. Memang banyak. Contoh – beras, telur, roti, minyak masak, pampers, panadol, alat tulis, sabun mandi dan sebagainya.
🔥 Nak tahu apa yang paling ‘best’?
Tunjuk MyKad je untuk beli barang di bawah SARA. Mudah kata, ‘cashless’! Kalau tak habis guna, jangan risau baki tak ‘expired’. Boleh guna sehingga 31 Disember 2025.
👫 SARA RM100 ‘one-off’ ni diberikan kepada individu. Kalau dalam keluarga ada 4 orang dewasa, satu rumah dah boleh dapat RM400. Fuhh! Tapi, harus bijak berbelanja okay!
Itu sahaja perkongsian buat masa ini. Jangan lupa follow Min. Nanti Min akan kongsi maklumat lanjut mengenai SARA RM100 ‘one-off’. Tunggu pengumuman selanjutnya.
SARA Untuk Semua.
