Kerajaan beriltizam noktahkan ancaman dadah secara lebih tuntas – PMX

Oleh :- Wartawan JM

26 Julai 2025

JITRA :- Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan beriltizam untuk menoktahkan ancaman dadah di negara ini secara menyeluruh.

Beliau berkata, penyalahgunaan dadah bukan sahaja jenayah tetapi juga ancaman amat nyata kepada maruah, bangsa dan negara.

” Alhamdulilah.
Saya turun ke Kedah hari ini dan terus ke Dataran Darulaman, Jitra untuk menghadiri sambutan Hari Antidadah 2025.

” Dalam ucapan, saya tegaskan bahawa penyalahgunaan dadah bukan sekadar isu jenayah ia merupakan ancaman nyata kepada maruah bangsa dan masa depan negara, ” katanya dalam laman media sosial ( FB Anwar Ibrahim) beliau semalam.

Beliau berkata, negara
berdepan dengan sindiket yang terancang, memiliki dana, penyokong dan rangkaian luas.

KERAJAAN TIDAK GENTAR

Namun begitu jelas PMX lagi kerajaan tidak gentar.

” Kita hadir dengan iltizam politik, keberanian moral dan komitmen berterusan untuk melawan habis-habisan.

” Saya tekankan bahawa pendekatan kerajaan bukan hanya bersifat menghukum, tetapi berfokus memutuskan kitaran ketagihan terutama dalam kalangan kelompok miskin dan rentan yang sering menjadi mangsa utama, ” ujar beliau lagi.

Beliau berkata, sinergi antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) mesti terus diperkukuh melalui pendekatan menyeluruh dan bersepadu, merangkumi pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan.

Tegas beliau lagi kerajaan berliltizam menoktahkan ancaman dadah secara tuntas bukan sekadar mengawal, sebaliknya membasmi hingga ke akar.

Kata PMX , perjuangan ini bukan mudah, tetapi ia mesti diteruskan demi generasi masa depan, demi negara yang bebas daripada belenggu najis dadah-

MalaysiaMADANI

RancakkanMADANI

MADANIbekerja

BersamaMalaysiaku

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *