










27 Julai 2025
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam sempena Festival Flora Borneo 2025 pada malam tadi (26 Julai 2025)
Berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.
Hadir sama, YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Isteri TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, dan YB Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Majlis yang berlangsung di Hotel Dorsett Labuan turut dihadiri lebih 70 orang tetamu jemputan.
