PMX KONGSI REAKSI MALAYSIA BERKAITAN POLITIK ANTARABANGSA DI GAZA DENGAN TOKOH ILMUAN DUNIA

Oleh Wartawan JM

28 Julai 2025

PUTRAJAYA : Perkembangan politik antarabangsa di Gaza dan ikhtiar Malaysia dalam memberi respon terhadap isu tersebut turut dikongsi oleh PMX bersama tokoh-tokoh ilmuan dunia dalam Majlis Ilmu Madani malam tadi.

Selain itu Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim dalam majlis yang sama turut menyentuh respon serta ikhtiar Malaysia terhadap isu pembakaran Al-Quran di Sweden.

“Dalam siri Majlis Ilmu MADANI kali ini, saya sentuh mengenai ikhtiar Malaysia dalam memberi respon isu kepada isu pembakaran Al-Quran di Sweden dan perkembangan politik antarabangsa di Gaza.

“ Saya tekankan kepentingan hikmah dan bicara pada waktu dan ketika yang tepat dalam menangani perkembangan tersebut, ‘’ kata beliau dalam kenyataan yang dipetik daripada laman sosial (FB Anwar Ibrahim) hari ini .

GEMBIRA MERAIKAN TOKOH-TOKOH ILMUAN DAN DAKWAH

PMX berkata, beliau juga gembira kerana dapat meraikan tokoh-tokoh ilmuan dan dakwah dalam siri Majlis Ilmu MADANI yang telah diadakan di Kompleks Seri Perdana , Putrajaya.

“ Saya berbesar hati malam tadi dapat meraikan beberapa tokoh ilmuwan dan dakwah di Kompleks Seri Perdana malam ini iaitu Syeikh Dr Ahmad Aissa Hassan El-Ma’sarawi, Mantan Syeikh di “Umum Al-Maqarii” Mesir; Dr Haifaa Younis, Pengerusi Institut Jannah dan pendidik dari Amerika Syarikat; Syeikh Yusuf Islam (Cat Stevens) dari United Kingdom dan Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani dari Gambia,’’’ jelas beliau lagi.

Anwar berkata, peluang mendengar titipan hikmah dan ilmu dari para tamu ini memberi inspirasi untuk kita terus berkerja keras meratakan ihsan dan kasih sayang sesama manusia melalui kebaikan dan keindahan Islam.

“Saya zahirkan penghargaan atas pandangan dan perkongsian tamu Majlis Ilmu MADANI pada malam ini serta doa Syeikh Muhammad Haydara. Semoga majlis seperti ini memberi barakah dan manfaat untuk kita bersama, ‘’ ujar beliau – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *