








Oleh :- Wartawan JM
29 Julai 2025
Disaat nama PX sebagai wira pendamai oleh pencinta-pencinta kedamaian warga dunia – Langkah PMX semakin laju di bumi Indonesia.
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim memulakan
acara pertama di Jakarta hari ini membawa amanah rakyat Malaysia dan semangat serumpun yang mendalam dengan menghadiri Perundingan Tahunan Ke-13 bersama Presiden Republik Indonesia Prabowo Subianto di Istana Merdeka, Jakarta.
Semangat serumpun Malaysia-Indonesia semakin kukuh menerusi hubungan akrab PMX dan Probowo Subianto.
” Dalam suasana dunia yang semakin rencam hari ini, kami berkeyakinan bahawa kekuatan rantau ini harus diperkukuh melalui muafakat strategik yang teguh, berani dan berwawasan.
” Kami menyentuh banyak isu penting hari ini melibatkan sasaran perdagangan USD30 bilion antara kedua-dua negara hingga ke soal kerjasama pelaburan di Ibu Kota Nusantara (IKN), akses lintas sempadan yang lebih lancar di Entikong, serta keperluan dalam memuktamadkan perjanjian persempadanan darat dan maritim yang tertangguh sejak sekian lama. ” kata PMX dalam kenyataan rasmi yang dikongsi daripada laman media sosial (FB Anwar Ibrahim) petang ini.
Menurut PMX , kesemua isu tersebut dilakar dengan niat bagi mempercepat manfaat kepada rakyat yang hidup di garis sempadan, tidak hanya sekadar angka atas kertas.
SEMANGAT TULIN MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN RANTAU
Anwar turut menekankan
bahawa pelaburan Malaysia dalam sektor strategik di Indonesia berpaksi pada semangat tulen memperkukuh kesejahteraan rantau.
” Kita berhasrat untuk menjadi rakan yang jujur dan amanah dalam pembangunan, dari soal tenaga boleh baharu, infrastruktur, perumahan hingga ke soal pendidikan dan teknologi. Malaysia ternyata bukan sekadar tamu sementara.
” Malah kita adalah saudara yang datang bersama cita-cita masa depan, ” jelas beliau lagi.
Dalam soal keselamatan, kedua-dua pemimpin itu bersetuju untuk memperhebatkan serta meluaskan kerjasama melalui kerangka Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) bagi memelihara ketenteraman Laut Sulu dan Laut Sulawesi.
PMX turut mempertegaskan bahawa keutamaan Malaysia tetap kekal pada keselamatan strategik Selat Melaka dan Laut China Selatan.
” Kita seharusnya tidak boleh alpa dan lalai, apatah lagi menyerahkan nasib rantau ini ditentukan kuasa luar tanpa suara dan pendirian.
” Kami juga menyentuh keperluan dalam menyatukan suara dalam sejumlah isu global seperti kempen anti-sawit dan pembantaian di Gaza. Dunia mesti menyedari bahawa Malaysia dan Indonesia tidak sesekali gentar menyanggah ketidakadilan kerana kita bukan hanya negaea membangun tetapi negara bangsa yang bermaruah, ” ujar PMX lagi.
Menurut menjelaskan, kunjungan kali ini ke Jakarta tidak sekadar lawatan kerja, tetapi penyataan bersama bahawa Asia Tenggara mesti dipimpin dengan tegas dan yang menggarap denyut nadi rakyat serta berani menongkah arus demi masa depan rantau yang adil, stabil dan makmur. –
