Amerika Syarikat turunkan tarif Malaysia pada 19 peratus daripada 25 peratus sebelum ini

Oleh Wartawan JM

31 Julai 2025

Amerika Syarikat mengenakan tarif lebih rendah sebanyak 19 peratus ke atas produk Malaysia yang dieksport ke negara itu, berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.

Malaysia mendapat pengurangan kadar tarif perdagangan pada 19 peratus berbanding 25 peratus sebelum ini.

Perkara itu disahkan selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani satu perintah eksekutif bagi mengubah kadar tarif timbal balik ke atas beberapa negara.

Menurut White House, perubahan kadar tarif ini akan mula berkuat kuasa pada 7 Ogos.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump mengumumkan tarif untuk Malaysia pada paras 19 peratus, menerusi arahan eksekutif terbaharunya yang disiarkan laman web rasmi The White House.

MEMUAT NAIK DOKUMEN

Laman sesawang The White House semalam memuat naik dokumen pelarasan lanjut kadar tarif timbal balas yang ditandatangani Trump bertarikh 31 Julai 2025.

Arahan yang dimeterai itu meminda Perintah Eksekutif 14257, sekali gus menyusun semula kadar tarif balas terhadap beberapa rakan dagang utama, termasuk kesemua negara ASEAN utama.

Struktur tarif baharu tersebut akan berkuat kuasa dalam tempoh tujuh hari dan terpakai, ke atas semua barangan yang memasuki AS untuk tujuan penggunaan, dengan pengecualian terhad kepada penghantaran yang sudah dalam perjalanan.
Selain Malaysia, empat lagi negara ASEAN Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja turut dikenakan kadar tarif serupa sebanyak 19 peratus.

Vietnam pula dikenakan kadar lebih tinggi iaitu 20 peratus, manakala Brunei kekal dengan 25 peratus.

Sumber – REUTERS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *