400 peserta dalam dan luar negara sertai Seminar Women of Sunnah Perlis 2025

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan MAIPs
5 OGOS 2025

‘Seminar Women of Sunnah Perlis 2025’ menjadi wadah berprestij yang memperkasakan dan memperkayakan rohani kira-kira 400 peserta dari dalam dan luar negeri Perlis termasuk dari luar negara, dengan tujuan memperdalam pemahaman terhadap nilai-nilai Islam serta menghayati peranan mulia wanita dalam masyarakat.

Acara ini berlangsung penuh harmoni di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis baru-baru ini.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran seminar bertemakan “Lelaki dan Wanita Adalah Auliya Antara Satu Sama Lain” tersebut.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Dr. Haifaa Younis, Pengasas merangkap Pengerusi Jannah Institute dari Irvine, California, Amerika Syarikat.

PRINSIP AL-QURAN

Seminar anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Light Upon Light serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini menekankan prinsip-prinsip Al-Quran tentang kerjasama, saling menyokong, dan perkongsian rohani antara lelaki dan wanita.

Ia turut mengangkat inspirasi daripada kehidupan wanita-wanita agung dalam Sunnah, yang disampaikan melalui dua sesi perkongsian oleh Dr. Haifaa Younis sendiri.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan melaksanakan simbolik perasmian seminar berkenaan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *