



Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
6 OGOS 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Commander of the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Laksamana Samuel J. Paparo di Perdana Putra tengah hari tadi (5 Ogos).
Beliau berkata pertemuan ini merupakan medan penting untuk terus memperkukuh persefahaman serta bertukar pandangan berhubung pelbagai isu serantau, khususnya dalam usaha memperhebat kerjasama pertahanan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
“Kami turut menyentuh komitmen berterusan Washington dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dan diplomasi keselamatan di rantau ASEAN,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
