RM100 untuk Setiap Rakyat Dewasa penghargaan sempena Hari Merdeka

6 Ogos 2025

Bermula 31 Ogos 2025, Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan RM100 secara ‘one-off’ melalui MyKad kepada setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Secara kolektif, sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM400 — dan bukannya hanya RM100.

Melalui program SARA, penerima boleh berbelanja barang keperluan asas yang tersenarai dalam 14 kategori di lebih 4,600 kedai di seluruh negara bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Baki yang tidak dibelanjakan selepas tarikh luput akan disalurkan kepada golongan rentan.

MalaysiaMADANI

MADANIBekerja

RancakkanMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *