

Wartawan JM
7 OGOS 2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius gesaan Ketua Polis Negara dan Jabatan Peguam
Negara (AGC) agar orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih berkaitan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Kenyataan media Komunikasi Korporat MCMC hari ini (7 Ogos) memaklumkan penyebaran gambar, video, atau sebarang maklumat yang belum disahkan bukan sahaja boleh mengguris perasaan ahli keluarga, malah bercanggah dengan nilai
etika, serta berpotensi melanggar undang-undang sedia ada.
MCMC turut mengulangi peringatan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil agar semua pihak menghormati siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa dan tidak membuat sebarang spekulasi yang menimbulkan kekeliruan
dalam kalangan masyarakat.
Penyebaran maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – JM
