YANG DI-PERTUAN AGONG LAWAT HUB TEKNOLOGI DAN INOVASI TOCHKA KIPENIYA DI MOSCOW

7 Ogos 2025

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat Tochka Kipeniya, sebuah hab teknologi dan inovasi terkemuka di Moscow pada hari ini (7 Ogos).

Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke Tochka Kipeniya, merupakan sebahagian daripada rangka Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia, sekaligus memperkukuhkan kerjasama dalam bidang teknologi serta inovasi.

Dalam sesi lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai pelbagai inisiatif pembangunan teknologi yang sedang dibangunkan.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *