PMX lawat sawah padi bebas racun, kimia komuniti Kampung Lubok Jambu

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah ke Desa Gemalai di Kota Bharu untuk bertemu Mohd Yusri, sahabat lama yang dikenali di Sungai Buloh, pagi tadi (9 Ogos).

“Alhamdulillah, beliau kini mengusahakan sawah padi bebas racun dan baja kimia bersama komuniti Kampung Lubok Jambu, yang sejak dua tahun lalu berjaya menanam padi lima musim, menghasilkan beras putih, wangi dan perang alami berkualiti tinggi,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Melihat kegigihan mereka mengusahakan tanah hingga membuahkan hasil memberikan keyakinan kepada beliau bahawa ekonomi desa mampu diangkat jika semangat, ilmu dan sokongan bergabung.

“Saya hargai peranan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan semua pihak yang membantu,” tambah beliau.

Kata Perdana Menteri usaha ini bukan sekadar menuai padi, tetapi menanam masa depan keterjaminan makanan negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *