Kes Zara Qairina: MCMC panggil individu rakam keterangan

Oleh: Sholina Osman
10 OGOS 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap penyebaran kandungan di media sosial berkaitan kes pelajar Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Kenyataan media Komunikasi Korporat MCMC hari ini (10 Ogos) memaklumkan kandungan tersebut dipercayai mengandungi maklumat palsu dan bersifat 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja) dan dikhuatiri boleh mencetuskan kekeliuan awam, selain menjejaskan kelancaran proses siasatan pihak berkuasa.

Bagi membantu siasatan, individu terbabit telah dipanggil untuk sesi rakaman keterangan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada 9 Ogos 2025.

Satu unit telefon bimbit dan satu keping kad SIM telah disita untuk membantu siasatan.

HUKUMAN DENDA MAKSIMUM

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

MCMC mengingatkan orang ramai agar memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan dan berhati-hati dengan sebarang kandungan spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan awam.

Penyebaran maklumat yang belum disahkan bukan sahaja berisiko mengguris hati keluarga mangsa, malah bercanggah dengan nilai etika dan boleh mengganggu proses keadilan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *