



Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
11 OGOS 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil pemaju bersama kementerian dan agensi berkaitan bagi membincangkan penyediaan sekolah menegak Residensi Aman MADANI.
Beliau berkata walaupun terdapat sekolah rendah berdekatan, kapasiti yang terhad menuntut pembangunan sekolah baharu selari dengan pertambahan penduduk.
“Justeru saya telah mencadangkan agar wujudnya sekolah menegak dalam kawasan pembangunan atau pembinaan sekolah berhadapan residensi yang disambung jejantas,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Anwar berkata sekolah ini terbuka kepada semua penduduk setempat selain kemudahan mengikut kerangka MADANI termasuk tadika, surau, klinik, dan pusat keselamatan yang akan dibina kelak.
“Pastinya semua prasarana lengkap ini diwujudkan demi keselesaan rakyat,” tambah beliau. – JM
