AGC benarkan inkues tentukan kematian Zara Qairina ada unsur jenayah

Oleh: Sholina Osman
13 OGOS 2025

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini membenarkan inkues dilaksanakan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.

Kenyataan media AGC memaklumkan keputusan itu dibuat setelah jabatan ini meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina pada 12 Ogos 2025.

Jabatan ini juga memutuskan agar inkues dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Prosiding inkues ini bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.

Proses ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *