




Oleh: Sholina Osman
16 OGOS 2025
Kek “butter” cempedak kembali viral!
Sesiapa sahaja pastinya ingin merasa kek yang tengah “viral” di media sosial ini.
Maklumlah asyik lalu lalang di “wall” media sosial masing-masing dengan resepinya, “review” oleh pempengaruhlah serta promosi jualan produk yang pastinya membuatkan masing-masing terliur ingin merasa keenakan kek yang muncul secara bermusim ini.
Kalau lambat, nanti habis musim cempedak maka habislah peluang nak merasainya kek “butter” cempedak.
TAK MAHU KALAH
Yang minat membuat kek pastinya tak mahu kalah untuk mencuba kek “viral” ini, ada yang menjadi ada yang tidak.
Tambahan pula ada yang sudi berkongsi cara membuat kek “butter” cempedak di media sosial sekaligus turut memberi pendapatan sampingan kepada yang rajin berniaga.
Ada yang ikut resepi masih tak menjadi, tambahan pula cempedak disusun elok di atas kek sebagai hiasan, “hilang” setelah kek masak.
Kebanyakan sanggup mencuba buat sendiri kek “butter” cempedak ini kerana harganya yang “kayangan” apabila mencapai ratusan ringgit.
LANGKAH DEMI LANGKAH
Sementara itu @nslthingy turut berkongsi dalam TikToknya langkah demi langkah cara membuat kek cempedak.
Beliau sengaja mencuba kek viral ini dan akan memperbaiki lagi teksturnya supaya lebih gebu pada masa akan datang.
Sementara pempengaruh TikTok @ezzah_haris melakukan “review” salah satu produk kek “butter” cempedak tempatan.
Ezzah mengakui sangat menyukai kek “butter” cempedak yang dicubanya kerana menepati ciri yang disukai iaitu lembut dan gebu. – JM
