AGC putuskan untuk tuduh beberapa suspek terlibat kes buli Zara Qairina

Oleh: Sholina Osman
18 OGOS 2025

Jabatan Peguam Negara (AGC) membuat keputusan untuk menuduh beberapa orang suspek yang terlibat dalam kes buli Zara Qairina Mahathir.

Kenyataan media AGC hari ini (18 Ogos) memaklumkan ia adalah berdasarkan kepada keterangan yang ada setelah meneliti kertas siasatan kes kematian Zara Qairina yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

TIDAK AKAN MENGANGGU

“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan,” kata kenyataan itu.

Jabatan ini menegaskan walaupun keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh pihak PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *