USUL 14(1)(i) PENERANGAN DARIPADA MENTERI-MENTERI DAN SESI KAMAR KHAS DI DEWAN RAKYAT, PARLIMEN MALAYSIA PADA MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KELIMA BELAS

18 Ogos 2025

KUALA LUMPUR :
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah membentangkan usul bawah Peraturan Mesyuarat 14 (1)(i) Penerangan daripada Menteri-menteri berkenaan dengan Kecaknaan Kerajaan Madani tentang Landskap Semasa Isu Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Dalam Negeri juga telah menggulung isu-isu yang dibahaskan oleh enam orang pembahas yang terdiri daripada YB Ahli Parlimen Sipitang, YB Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Ahli Parlimen Bangi dan YB Ahli Parlimen Alor Setar pada sesi ini.

Pada sesi Kamar Khas, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menjawab pertanyaan daripada YB Tuan Rushdan bin Rusmi, Ahli Parlimen Padang Besar berkenaan dengan Cadangan Pembukaan Semula Laluan Free Flow Wang Kelian – Satun dan Penyelarasan Dasar Keselamatan Sempadan dengan Agenda Ekonomi dan Sosial.

Turut hadir pada kedua-dua sesi ini, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Dato’ Abdul Halim bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Bahagian Perancangan Strategik KDN, Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, dan Polis Diraja Malaysia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *