

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
21 OGOS 2025
Sebanyak 95.6 peratus graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bekerja dalam tempoh enam bulan, dengan 212,000 kemasukan baharu pada 2024.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara sasarkan 1.2 juta peluang pekerjaan baharu, termasuk 700,000 dalam sektor pembuatan dan 500,000 dalam ekonomi digital.
“Sewaktu membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) saya maklumkan bahawa Kerajaan MADANI konsisten untuk memperkukuh TVET agar relevan dengan keperluan semasa merangkumi bidang digital, teknologi tinggi, serta memperluas akses kepada golongan luar bandar, asnaf dan komuniti tahfiz.,” kata beliau dalam hantaran di FB.
DESIKASINYA DALAM MENYUMBANG
Perdana Menteri juga menzahirkan terima kasih kepada Mohd Kamal Dali atas dedikasinya dalam menyumbang kepada pembangunan negara.
Jelas Perdana Menteri tenaga mahir seperti Mohd Kamal menjadi pemangkin utama kemajuan Malaysia.
“Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, jangan lepaskan peluang bagi bersama-sama menyemarakkan dan menjadikan gerakan ini sebagai wadah untuk lebih mendalami erti kesejahteraan, pengorbanan dan keunikan kepelbagaian yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia,” kata beliau. – JM
