






Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
22 OGOS 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Putra, Putrajaya.
Beliau berkata khutbah bertajuk “Bangkit Membela, Teguh Bersaudara” mengingatkan kita tentang kewajipan umat Islam untuk bersatu memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi rejim Zionis Israel, dan antara seruan penting adalah menggunakan segala saluran media, ekonomi, diplomasi dan politik bagi menentang kezaliman.
“Khatib turut menekankan bahawa budaya buli juga adalah bentuk kezaliman yang ditegah dalam Islam kerana mencemar maruah insan,” kata beliau pada hantaran di FB.
Selesai solat, beliau meraikan delegasi organisasi Islam dari Indonesia sempena Majlis Cendekiawan Malaysia-Indonesia MADANI (MALINDO MADANI) dan pertemuan ini membuka ruang perkongsian pengalaman dakwah antara dua negara yang telah lama bersaudara.
“Moga ikatan dan jambatan rasa yang telah terbina harus disambung oleh generasi pewaris demi kepentingan dua negara yang bersaudara ini,” tambah Perdana Menteri. – JM
