Siasat secara menyeluruh punca nahas pesawat tempur F/A-18D Hornet – PMX

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
22 OGOS 2025

Pihak berkuasa diminta menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian kemalangan melibatkan pesawat tempur F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta supaya pihak berkuasa memastikan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil.

Beliau juga menzahirkan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang TUDM yang terlibat dalam insiden berkenaan.

“Saya mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan dan pemulihan,” kata beliau dalam hantaran di laman X hari ini (22 Ogos).

Pada insiden pada pukul 9,05 malam tadi, dua anggota TUDM yang terbabit dilaporkan selamat dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *