PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL BANDAR TUN RAZAK. Bertema: Suka Dalam Duka

23 OGOS 2025 | SABTU | 8.00 PAGI |
DEWAN SERBAGUNA ALAM DAMAI, BANDAR TUN RAZAK.

Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia
(KASIH) dan Parlimen Bandar Tun Razak dengan kerjasama Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN), Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dengan penyertaan lebih 150 orang peserta daripada kalangan B40 termasuk pelajar sekolah, ibu tunggal dan mualaf, program ini menyasarkan peningkatan kesedaran terhadap isu kesihatan mental di samping menyediakan khidmat intervensi kaunseling secara langsung kepada golongan memerlukan.

Antara pengisian utama program ialah ceramah kesihatan mental oleh Dr Alizi Alias yang menyentuh isu-isu tekanan dan kepentingan sokongan emosi dalam menghadapi cabaran hidup masa kini dan juga seramai 80 warga Bandar Tun Razak menerima Bakul Rahmah dalam program ini.

YB menyokong penuh program seperti ini yang membuka ruang sokongan kepada golongan asnaf dan kelompok rentan untuk mengangkat kesedaran terhadap isu kesihatan mental. Beliau tegaskan, kesihatan mental bukan lagi isu sampingan; ia adalah syarat utama kepada pembinaan masyarakat yang produktif, penyayang dan seimbang. YB juga menyeru untuk kita bersama-sama memperkukuhkan usaha secara whole-of-society — setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan dalam membina sistem sokongan yang inklusif dan mampan. Usaha seperti program ini adalah langkah penting untuk menjadikan Malaysia MADANI bukan sahaja maju dari segi ekonomi, tetapi juga kukuh dari segi kesejahteraan mental dan spiritual.

YB berharap inisiatif sebegini akan membuka jalan kepada lebih banyak inisiatif kesedaran di masa hadapan, dan usaha kolektif ini terus membela mereka yang terkesan dengan masalah kesihatan mental, khususnya golongan asnaf dan masyarakat setempat.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha menjayakan program ini.

HUBUNGI TALIAN 15555 untuk bantuan krisis Kesihatan Mental!

MalaysiaMADANI

RakyatDisantuni

BTRSejahtera

bandartunrazak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *