Nurul Izzah sokong RUU Khas iktiraf hak 1.2 juta pekerja

Oleh: Sholina Osman
26 OGOS 2025

Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Khas Pekerja Gig sebagai usaha mengiktiraf hak 1.2 juta pekerja ini dalam undang-undang perburuhan negara.

“Pekerja gig ada maruah, ada masa depan. Mereka perlu dibela supaya masyarakat tidak lagi menganggap mereka ini macam tin kosong,” kata Nurul Izzah dalam hantaran di FB.

Nurul Izzah menjelaskan beliau telah bertemu dengan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong beberapa bulan lepas untuk berbincang perihal RUU khas ini.

“Steven mahu RUU pekerja ekonomi gig Malaysia diluluskan secepat mungkin dan meminta kerjasama saya, termasuk persatuan dan pihak lainnya supaya impian ini boleh menjadi kenyataan,” kata beliau.

PEMBELAAN PEKERJA GIG

Semasa menjadi wakil rakyat terdahulu, isu pembelaan pekerja gig antata yang beliau telah perjuangkan.

Jadi kali ini, katanya amat bermakna untuk teruskan perjuangan ini bersama dengan Steven.

Beliau berkata Steven telah mengadakan sesi libat urus dengqn lebih 4,000 peserta, sebab ada tangan-tangan gelap yang cuba gagalkan usaha ini.

“Tak ingat ke masa zaman COVID-19 dulu? Pekerja gig lah yang menjadi barisan hadapan menjaga kita semua,

BERGERAK SIANG MALAM

Merekalah yang bergerak siang malam dan meredah hujan panas semata-mata untuk pastikan ada makanan di atas meja kita,” tambah beliau.

Kalau bukan kerana mereka, mesti banyak bisnes Food & Baverage (F&B) sudah gulung tikar dan
kita pun mungkin akan bergelut untuk “survive” pada detik hitam ini.

“Kami sampai turun padang buat kerja “undercover”. Kami ambil beberapa Grab di sekitar Lembah Klang untuk ke lokasi-lokasi tertentu,” kata Nurul Izzah.

“Kami mendengar luahan hati mereka. Satu demi satu masalah keluar daripada mulut mereka dan kami cuba fahamkan dan cari jalan keluar,”
tambah beliau.

BACAAN KALI PERTAMA

Sementara itu Steven telah membentangkan RUU Pekerja Gig 2025 untuk bacaan kali pertama di
Dewan Rakyat, pada 25 Ogos.

Ketika membentangkan rang undang-undang itu beliau berkata bacaan kali kedua dan ketiga RUU itu akan dibuat pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini.

Sim pada sidang media selepas itu berkata RUU berkenaan mempunyai empat komponen asas melibatkan definisi pekerja gig, mekanisme kilanan, Isu kadar bayaran dan keselamatan sosial.

Beliau berkata RUU itu digubal selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Sumber Manusia mencari mekanisme perlindungan terhadap pekerja sektor itu. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *