

Oleh: Wartawan JM
28 OGOS 2025
Seramai 51 orang Pegawai Farmasi menyertai Program Transformasi Minda (PTM) anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Pejabat Wilayah Persekutuan.
MCM telah dijemput bagi menyampaikan ceramah berkaitan
pemahaman mengenai keselamatan Internet serta etika dalam penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan penjawat awam.
Sesi perkongsian memberi penekanan kepada pelbagai isu keselamatan siber, termasuk penggunaan Internet dan media sosial secara selamat, jenis-jenis ancaman dalam talian, had umur penggunaan media sosial, buli siber, penipuan dalam talian, penyebaran maklumat palsu, risiko perkongsian berlebihan (oversharing), serta etika penjawat awam dalam mengurus dan berinteraksi di media sosial.
“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan di bawah Kempen Internet Selamat (KIS) yang digerakkan untuk membudayakan penggunaan teknologi secara selamat, bertanggungjawab, dan berintegriti dalam kalangan penjawat awam,” kata MCMC dalam hantaran di FB. – JM
