







Oleh: Sholina Osman
Foto: Ihsan Hotel Seri Malaysia
Staff “Annual Dinner” Hotel Seri Malaysia (HSM) Kangar yang bertemakan “White Denim Night” berlangsung dengan penuh meriah, malam tadi.
Ia bagi meraikan 58 kakitangannya sebagai tanda penghargaan di atas komitmen bagi mengekalkan kedudukan hotel ini yang terus menjadi pilihan bukan sahaja sebagai penginapan malah untuk penganjuran pelbagai majlis rasmi dan juga peribadi.
MAJLIS KALI KE-14
Pengurus Besar/Francisor HSM Kangar, Datuk Zahriah Abd Kadir berkata majlis kali ke-14 inj menandakan bahawa sudah 14 tahun hotel ini telah beroperasi di Kangar, Perlis.
“Semoga HSM terus menjadi pilihan dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan,” kata beliau semasa melancarkan majlis yang amat bermakna ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Isteri Menteri Besar, Najwa Othman bersama tetamu kehormat lain.
Hadir sama Pengurus Residen, Shahrim Mokhtar.
Majlis makan malam ini juga turut diserikan dengan persembahan mantap oleh Ayu Damit One In Million yang memukau hadirin dengan beberapa pilihan lagi pelbagai rentak.
Selain semua hadirin mengikut tema berpakaian, sesi bagi pemilihan pakaian terbaik menjadikan semua hadirin muncul di pentas sebagai ‘bidan terjun’ untuk melakukan peragaan.
BUKAN SEKADAR BERHIBUR
Tidak cukup dengan itu diadakan pertandingan karaoke bukan sekadar berhibur tetapi untuk mencungkil bakat staff yang saban hari memberikan komitmen dengan bidang tugas masing-masing.
Penghargaan juga diberikan kepada yang melaksanakan tugas dengan cemerlang di sepanjang tahun.
Juga diadakan cabutan bertuah di mana hadiah utama yang merupakan tiket percutian 4 hari 3 malam ke Jakarta & Bandung tajaan Pengurus Besar/Franchisor telah menjadi milik Amirul Ikhwan Azhar. – JM
