





PUTRAJAYA, 31 Ogos 2025 β Persiapan terakhir kontingen telah dilaksanakan sebelum bermulanya perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putra, Putrajaya. Perarakan ini menjadi kemuncak acara bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Bertemakan βMalaysia MADANI: Rakyat Disantuniβ, sambutan tahun ini menzahirkan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menjunjung nilai perpaduan, keharmonian dan kesetiaan kepada negara. Tema ini membawa mesej bahawa setiap rakyat merupakan aset penting dalam mengukuhkan masa depan negara.
Kontingen yang terlibat tampil dengan penuh disiplin dan semangat patriotik, menzahirkan kesungguhan dalam menjayakan perarakan gilang-gemilang ini. Persiapan rapi turut mencerminkan komitmen tinggi semua pihak bagi memastikan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung lancar, meriah dan penuh makna.
Foto oleh: Nurshahnaz Fazlie bin Shahrizal (UKK JPM)
SambutanHariKebangsaan2025
JabatanPerdanaMenteri
RancakkanMADANI
MalaysiaMADANI
RakyatDisantuni
MADANIBekerja
TaatSetia
@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
