Nurul Izzah laksana “Pass It Forward” guna SARA RM100 bantu keluarga memerlukan

Oleh: Sholina Osman
31 OGOS 2025

Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar melaksanakan “Past It Forward” di mana menggunakan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 atau lebih bagi membantu lebih ramai keluarga kurang berkemampuan.

“RM100 mungkin nampak kecil bagi mereka yang hidup serba cukup. Namun, jumlah ini besar ertinya bagi golongan yang serba kekurangan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 23 Julai lalu mengumumkan pemberian SARA sebanyak RM100 secara sekali diberi menerusi MyKad yang disalurkan mulai hari ini (31 Ogos).

RM100 diberikan kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad yang boleh dibelanjakan dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 di lebih 4,100 rakan niaga SARA di seluruh negara termasuk melalui program Jualan Rahmah.

BOLEH JADI REZEKI

Jelas Nurul Izzah dengan RM100
ini ia boleh jadi rezeki yang mengenyangkan perut anak-anak dan keluarga tersayang.

“Jadi saya berpakat dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menyumbang RM100 yang kami terima, kepada mereka yang memerlukan,” Nurul Izzah.

Beliau juga mengajak rakan-rakan Yang Berhormat (YB) PKR yang lain untuk turut sama “Pass It Forward” dengan RM100 mereka (atau lebih), supaya lebih ramai keluarga kurang berkemampuan dapat dibantu.

SEKADAR SATU SLOGAN

Jelas Nurul Izzah merdeka
bukan sekadar satu slogan, tetapi hasil perjuangan kita bersama. Tiba masanya untuk kita memberi semula kepada rakyat yang hidup dalam kesempitan. Jangan biarkan sesiapa pun tersisih!

Setiap orang berhak untuk menikmati hidangan di atas meja mereka.

“Saya mengajak anda untuk bersama-sama “Pass It Forward” Berikan sumbangan, tag 3 rakan anda di sini supaya inisiatif ini tidak terhenti,” tambahnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *