Syarikat konglomerat China Rianlon Corporation labur RM820juta bangunkan kilang, R&D di Johor – PMX

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
1 SEPT 2025

Syarikat konglomerat China Rianlon Corporation antara peneraju global dalam bahan tambahan anti-penuaan untuk polimer dan kosmetik, telah menyatakan komitmen pelaburan berjumlah RM820 juta bagi membangunkan kilang serta pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar lbrahim berkata komitmen itu dinyatakan oleh syarikat berkenaan dalam pertemuan bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Li Haiping dan Ketua Pegawai Teknologi Sun Chunguang.

“Malah pelaburan itu yang turut melibatkan pembangunan kilang dijangka mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat,” kata beliau.

Ketika bertemu konglomerat China Communications Construction Company Limited (CCCC) pula, Anwar berkata yang hadir ialah Pengerusinya Song Hailiang dan Naib Presidennya Chen Zhong.

PERSAHABATAN MALAYSIA-CHINA

“Saya meneliti perkembangan projek ECRL yang kini menjadi lambang persahabatan Malaysia–China di bawah Belt and Road Initiative (BRI),

Insya-Allah, ECRL bakal merapatkan jurang pembangunan wilayah dan membawa limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat, kata beliau dalam hantaran di FB.

Jelas Perdana Menteri Kerajaan MADANI akan terus berusaha untuk merancakkan pelaburan, memberdaya sektor berteknologi tinggi dan memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia–China yang berakar pada sejarah panjang, sekali gus membuka lembaran masa depan yang lebih gemilang untuk rakyat.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja empat hari sejak semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 atas jemputan Presiden China Xi Jinping. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *