



Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh, di Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pertemuan tersebut, Baginda berkenan menerima sembah maklum mengenai situasi semasa masalah dadah di negara ini, khususnya yang berlaku di Negeri Pahang.
Sembah maklum itu turut merangkumi trend penyalahgunaan dadah terkini, impaknya terhadap masyarakat, serta langkah-langkah pencegahan yang sedang dilaksanakan oleh AADK bersama pemegang taruh.
Pertemuan itu susulan program AADK yang akan dihadiri oleh KDPB Sultan Pahang di Pahang pada bulan ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok; Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah dan Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan serta Pengarah AADK Negeri Pahang, Zirwatul Ahlam Zamzam.
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
