









4 September 2025
PEKAN, 04 SEPTEMBER 2025 – Majlis Pecah Tanah Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah Pekan, Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Ke-66.
Tapak Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah berkeluasan 3.88 hektar (9.6 ekar) yang terletak berhadapan Serambi Pekan ini bakal menjadi tempat untuk prospek mahir menenun yang berminat untuk meneruskan kemahiran mereka selepas tamat menjalani hukuman di penjara.
Lebih menarik, perkampungan ini turut akan dibangunkan dengan penempatan prospek, selain pavilion, dewan, rumah niaga, pusat kraf, rumah kebun, kafe dan restoran.
Merafak Sembah Dan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta anakanda-anakanda.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. TKJP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional), YBhg. TKP Dato’ Abu Hassan bin Hussain, Pengarah Penjara Negeri Pahang, YDH TKP Hamid bin Taha, Timbalan Pengarah Bahagian Korektif (Seksyen Vokasional & Industri).
