RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT ZIARAH PUSARA DAN SANTUNI KELUARGA ALLAHYARHAM KOPERAL MUHAMMAD FAIZAL

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menziarahi pusara
Allahyarham Koperal Muhammad Faizal Abd Razak, 32, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuantan, Batang Kali, pada hari ini (4 September).

Allahyarham yang bertugas sebagai anggota Pengiring Bermotosikal Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Istana Negara pada (2 September).

Allahyarham meninggalkan seorang balu serta tiga orang cahaya mata

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan santuni balu Allahyarham, Puan Noratiqah Mohamad Sayuti di kediaman keluarga Allahyarham di Desa Alam Ria, Batang Kali.

Dalam kunjungan berkenaan, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengikuti majlis bacaan Tahlil dan Doa khas untuk Allahyarham.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada balu Allahyarham dan menzahirkan ucapan takziah serta kata-kata semangat kepada keluarga Allahyarham.

Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor turut menghulurkan sumbangan tunai, barangan peralatan sekolah serta set kelengkapan bayi.

Hadir sama, Puan Sri Datin Datuk Dr Hajah Noor Azizah Abdul Latif, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara.

RPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *