








KUALA LUMPUR, 8 September 2025 β Sekretariat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara menganjurkan Sesi Perbincangan Meja Bulat bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) di Sunway Putra Hotel yang dipengerusikan oleh YAB Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara. Sesi ini adalah susulan keputusan Jemaah Menteri agar GLC dan GLIC memainkan peranan lebih aktif dalam memperkasa TVET melalui pendekatan berasaskan industri.
Perbincangan memberi tumpuan kepada empat dimensi utama iaitu pelaburan langsung dalam pembangunan TVET, penglibatan strategik dalam reka bentuk kurikulum, penyediaan peluang latihan industri serta biasiswa dan penerajui inisiatif kerjasama berimpak tinggi. Penyertaan kukuh merangkumi 14 GLC, 1 GLIC, 5 agensi kerajaan serta 8 institusi TVET termasuk PETRONAS, TNB, Telekom Malaysia, Prasarana, Malaysia Aviation Group, Khazanah Nasional Berhad, selain agensi seperti MITI, MIDA, MDEC serta institusi seperti Politeknik, Kolej Vokasional, ADTEC, GIATMARA dan Universiti DRB-HICOM.
YAB Timbalan Perdana Menteri menegaskan penglibatan GLC dan GLIC dalam TVET bukan sekadar tanggungjawab sosial korporat, sebaliknya pelaburan strategik jangka panjang yang menjamin daya saing syarikat dan ekonomi negara. Beliau menekankan TVET sebagai pemacu pembentukan modal insan berkemahiran tinggi dalam teknologi baharu, digitalisasi, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi hijau, sekali gus menyokong aspirasi Dasar TVET Negara 2030 bagi melahirkan tenaga kerja cekap, inovatif dan berdaya saing di peringkat global.
Foto oleh: Mohd Najib bin Mohaini (UKK JPM)
JabatanPerdanaMenteri
RancakkanMADANI
MalaysiaMADANI
MADANIBekerja
TVETMalaysia
TaatSetia
@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
