




SHAH ALAM, 7 SEPTEMBER | YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya hadir merasmikan Aleps Ekiden Half Marathon bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor. Acara ini menyatukan para peserta daripada pelbagai latar belakang dalam semangat kesukanan dan kerjasama.
Penganjuran ini turut memperkukuh hubungan erat Malaysia–Jepun, bukan sahaja melalui aktiviti sukan malah dengan perkongsian seni, budaya dan gaya hidup. Inisiatif sebegini membuka ruang untuk meningkatkan pertukaran budaya serta memupuk persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.
Dalam masa yang sama, turut berlangsung “Sakura-Hibiscus Festival” yang menampilkan persembahan kebudayaan Malaysia dan Jepun, aktiviti komuniti Jepun serta gerai makanan kedua-dua negara, menjadikan acara ini lebih meriah dan penuh warna warni.
