



Oleh: Sholina Osman
9 SEPT. 2025
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menziarahi pengamal media veteran, Ismail Lamo di Tawau, Sabah bagi menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA.
Ismail 67, yang tinggal di Taman Victoria, Jalan Kuhara, Tawau kini menghadapi masalah kesihatan.
Pada kunjungan itu, Fahmi menyerahkan bantuan berupa wang tunai dan barangan sebagai tanda penghargaan atas jasa serta sumbangan Ismail hampir lima dekad dalam dunia kewartawanan.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj yang juga Pengarah Projek HAWANA 2025.
494 PENGAMAL MEDIA
Setakat ini, seramai 494 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat daripada inisiatif ini.
Fahmi dalam perkongsian di FB berkata Kerajaan MADANI akan terus memastikan kebajikan pengamal media sentiasa diberi perhatian sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka. – JM
