Insiden serang, cederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi perbuatan keji, mesti dikecam – PMX

Oleh: Sholina Osman
Foto: Utusan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam iaitu Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.

“Saya telah menggesa pihak berkuasa untuk segera menjalankan siasatan dan lekas memberkas dalang dan penyerang yang bertanggungjawab mencederakan,” kata beliau dalam hantaran di FB hari ini (11 September).

Anwar berkata, berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.

BERHIMPUN SECARA AMAN

Jelas beliau, kerajaan hormat hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, dan ia dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini.

Namun kata Perdana Menteri prinsip kebebasan juga menuntut kita untuk bertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang.

“Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat,” tegas beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *