




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 SEPT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Peringkat Negeri Johor bersama saf kepimpinan dan anggota KEADILAN negeri dan pusat dalam suasana penuh santai, harmoni dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur.
Beliau berkata reformasi bukan sekadar slogan, ia adalah iltizam yang berakar pada nilai keadilan, ketelusan dan kemanusiaan.
“Saya tekankan bahawa perjuangan ini mesti diteruskan dengan bijaksana, berprinsip, dan berpandukan visi untuk membentuk sebuah negara yang manusiawi, inklusif dan maju,” kata beliau dalam hantaran di FB.
BUKAN SEKADAR HEBAT
Anwar berkata negara yang kita impikan bukan sekadar hebat pada infrastruktur dan angka ekonomi, tetapi yang menjunjung maruah insan, membela yang tertindas, dan meraikan kepelbagaian dalam semangat perpaduan.
“Setiap langkah reformasi yang kita pacu hari ini adalah demi generasi akan datang agar mereka mewarisi sebuah Malaysia yang adil, aman dan bermaruah,” kata beliau yang mengakhiri lawatan kerja ke Johor. – JM
