PMX lulus peruntukan segera RM10 juta untuk mangsa banjir di Sabah

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Sabah.

Beliau berkata dana berkenaan akan disalurkan terus kepada rakyat untuk pembaikan segera kemudahan asas tanpa sebarang gangguan.

Beliau berkata peruntukan segera itu sebagai tambahan kepada RM11 juta yang disalurkan melalui kerajaan negeri bagi membantu mangsa banjir.

“Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

TERKESAN AKAN DAMPAK

Perdana Menteri berkata beliau sangat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah saat ini.

“Saya menyeru semua pihak bersatu dan berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat seluruhnya,” kata beliau.

Beliau berkata keutamaan kita adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera.

“Zahirkan semangat kebersamaan dan kepedulian serta tanggungjawab bersama dalam menempuh ujian dahsyat ini,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *