JOHOR UNGGULI KATEGORI SEKOLAH RENDAH PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA DAN CHORAL SPEAKING PROGRAM WAR SPRM-KPM 2025

PUTRAJAYA, 24 September – Johor mencatat kejayaan berganda apabila pasukan sekolah rendah negeri berkenaan menjuarai Pertandingan Bicara Berirama dan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan PETAH Kementerian Pendidikan Malaysia 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula Isnin bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Kemenangan tersebut menyaksikan juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00, plak, sijil pencapaian dan cek cura.

Naib johan Bicara Berirama Peringkat Sekolah Rendah pula disandang pasukan Sarawak yang membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000.00, plak, cer cura dan sijil pencapaian, manakala pasukan Selangor meraih tempat ketiga (RM3,000), diikuti pasukan Labuan tempat keempat (RM2,000) dan Putrajaya di tempat kelima (RM1,000).

Naib johan Choral Speaking Sekolah Rendah pula disandang pasukan Selangor yang meraih hadiah wang tunai RM4,000 diikuti Terengganu di tempat ketiga (RM3,000); Labuan keempat (RM2,000) dan Melaka di tangga kelima (RM1,000).

HADIAH WANG TUNAI

Selain hadiah wang tunai, kesemua pasukan turut membawa pulang plak, sijil pencapaian dan cek cura.

Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Sekolah Menengah pula menyaksikan pasukan Kelantan muncul Juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, manakala pasukan Kedah di tempat kedua (RM4,000); Johor ketiga (RM3,000), Kuala Lumpur keempat (RM2,000) dan pasukan Sarawak di tempat kelima (RM1,000). Selain hadiah wang tunai, semua pasukan turut membawa pulang plak, sijil pencapaian dan cek cura.

Acara Choral Speaking Peringkat Kebangsaan kategori Sekolah Menengah pula menyaksikan pasukan Selangor dinobatkan sebagai juara, diikuti pasukan Putrajaya di tangga kedua, Kuala Lumpur ketiga, Pulau Pinang keempat dan Johor di tangga kelima dengan membawa pulang hadiah wang tunai, plak, cek cura.

Hadiah saguhati bernilai RM500 turut diberikan kepada 11 pasukan yang lain bagi kesemua acara yang dipertandingkan.

Pasukan Kedah turut mencatat kejayaan membanggakan apabila memenangi kedua-dua Anugerah Khas Konduktor Terbaik Bicara Berirama Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, manakala Anugerah Khas Konduktor Terbaik Choral Speaking Sekolah Menengah disandang pasukan negeri Selangor, sementara kategori Sekolah Rendah pula dimenangi Putrajaya.

ENAM BELAS PASUKAN BERTANDING

Sebanyak 16 pasukan bertanding bagi setiap kategori Sekolah Rendah dan Menengah dan acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh.

Kesemua hadiah bagi setiap kategori ditaja oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM50,000.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Datuk TPj Ahmad Nizam bin Ismail, dan Dr Yazid bin Abdul Manap, Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia.

RancakkanMADANI

MADANIbekerja

SPRMPencegahan

SPRMMalaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *