




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
25 SEPT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi hadir d
resepsi makan malam yang dihoskan oleh Presiden, Dr. José Ramos-Horta, serta Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão sempena lawatan rasmi ke Timor-Leste.
Majlis turut diserikan dengan persembahan seni, nyanyian dan kebudayaan tempatan, di samping menjadi ruang berharga untuk kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa, serantau dan global.
“Semoga kerjasama erat antara Malaysia dan Timor-Leste terus diperkukuh, demi membawa manfaat yang berkekalan kepada rakyat kedua-dua negara,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
