





Wartawan JM
29 SEPT 2025
Kerajaan akan terus memantau keberadaan dan keselamatan 34 warga Malaysia yang turut serta pelayaran Global Sumud Flotila yang kini menuju Gaza.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil juga meminta semua pihak supaya berwaspada terhadap propaganda rejim Israel yang cuba mematahkan misi berkenaan.
“Tindakan kejam rejim Zionis yang sepatutnya seluruh dunia pertikaikan,” kata beliau dalam hantaran di FB.
WALAU OMBAK MENGGANAS
Beliau berkata walau ombak mengganas dan jalan berliku, doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi peserta pelayaran Global Sumud Flotila yang kini menuju Gaza.
Bagaimana mereka (Isreal) boleh sesuka hati menceroboh perairan antarabangsa, menghalang pergerakan kemanusiaan, sedangkan mereka tiada hak sama sekali?
Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka! – JM
