






Sandakan, 30 September 2025 β Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh bin Dikun mempengerusikan Mesyuarat ESSZONE (Zon Selamat Pantai Timur Sabah) bertempat di Grand Ballroom, Hotel Livingston, Sandakan, disini hari ini.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh penyelarasan operasi, membincangkan isu keselamatan semasa serta meningkatkan kesiapsiagaan pasukan di kawasan ESSZONE.
Selain itu, turut diadakan Taklimat Pengoperasian Unit Drone oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman bagi memperkenalkan penggunaan teknologi terkini dalam aspek kawalan keselamatan dan operasi di lapangan.
Turut hadir sama, DCP Datuk Abdul Rani bin Alias – Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, SAC Datuk Azhar bin Hamin – Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah, SAC Datuk Abdul Fuad bin Abdul Malek – Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Kontinjen Sabah, SAC Ahsmon bin Bajah – Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sabah, Ketua-Ketua Jabatan/Formasi serta wakil, Ketua-Ketua Polis Daerah serta Pegawai Kanan Polis yang terlibat.
Jurugambar : D6 IPD Sandakan
