






Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
1 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2026 di Melaka.
Dalam ucapannya beliau berkata Tahun Melawat Malaysia 2026 merupakan perayaan tarikan pelancongan, dan juga ikhtiar menghidupkan semula lembaran pensejarahan agung, dengan melakar semula sejarah kenegaraan yang tidak dituding dan ditentukan dari lensa imperialis ganas.
“Dari kisah Enrique de Malaka, atau Henry The Black atau Panglima Awang yang ditawan sebagai hamba oleh penjajah Portugis, selain belayar membedah samudera bersama pengembara Ferdinand Magellan pada abad 15, hingga ke zaman emas melonjaknya jaringan perdagangan rantau ini. Ia lantas memungkinkan Melaka muncul sebagai tamadun kosmopolitan yang pernah berdiri megah, dan kini kembali menyinari pentas global.
“Justeru, saya berbangga kerana Malaysia mampu menonjolkan wajahnya yang sebenar, yakni sebuah tatanan yang bhineka, rencam kaum dan agama, dengan kepelbagaian budaya yang berpadu menjadi kekuatan utama,” kata beliau.- JM
