SPRM PERKUKUH INTEGRITI DANA PEMBANGUNAN BERSAMA PEMIMPIN KOMUNITI BAGAN DALAM, PULAU PINANG

SEBERANG PERAI, 4 Oktober – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama dengan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.09 Bagan Dalam, Seberang Perai, Pulau Pinang dalam penganjuran program antirasuah bersama pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan.

Program ini telah menghimpunkan seramai 100 Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ketua-ketua kampung, AJK Pembangunan Belia Pulau Pinang (JBPP) dan AJK Pembangunan Wanita & Keluarga (JPWK) kawasan ADUN Bagan Dalam.

Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang, Datuk TPj Karunanithy a/l Y.Subbiah dalam ucapannya menekankan bahawa matlamat pencegahan rasuah hanya akan tercapai melalui komitmen dan integriti kolektif setiap ahli masyarakat dan pemimpin. Beliau menegaskan bahawa setiap sen perbelanjaan dana pembangunan kerajaan mesti memberi manfaat kepada masyarakat.

Sementara itu, ADUN Kawasan N.09, YBrs. Encik Kumaran Krishnan juga menegaskan kewajipan AJK MPKK serta badan komuniti lain melaporkan sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pengurusan dana pembangunan kepada SPRM.

Kerjasama ini merupakan inisiatif strategik untuk memperkukuhkan tadbir urus dan integriti dalam pengurusan dana di peringkat akar umbi.

Turut diadakan sesi ceramah yang disampaikan oleh PKPs Kesavan Rathakrishnan dan seterusnya dialog bertajuk “Pengurusan Kewangan dan Tadbir Urus Dana Kerajaan”. Dialog ini menampilkan ahli panel YBrs. Encik Kumaran Krishnan dan Ketua Cawangan Sosiobudaya dan Politik, SPRM, PKPj Aini binti Awang Muda.

RancakkanMADANI

MADANIbekerja

SPRMPencegahan

SPRMMalaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *