
Oleh: Sholina Osman
7 OKT. 2025
Amaran keras Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing serta
kementerian berkenaan agar
tidak mengulangi perbuatan menghidangkan arak pada majlis rasmi kerajaan.
Beliau berkata penjelasan kementerian itu bahawa arak hanya dihidangkan selepas selesai acara rasmi adalah tidak wajar kerana dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan ia dihidangkan sama sekali.
“Penjelasan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) ialah ini setelah selesai acara rasmi, tapi tempat dan majlis yang sama,” kata beliau dalam siaran langsung di FB.
Perdana Menteri berkata dasar Kerajaan jelas dan tegas, tidak membenarkan minuman keras dihidangkan sama sekali dalam mana-mana acara.
HARUS LEBIH PEKA
Semua pihak di dalam institusi Kerajaan, termasuk berjawatan Menteri harus lebih peka dan sensitif terhadap peraturan dan undang-undang.
Tindakan Menteri dan Kementerian ini amat dikesali dan mereka telah diberi amaran keras agar tidak mengulangi perkara sama.
Seluruh jentera Kerajaan telah diingatkan supaya tidak cuai berhubung perkara sebegini, dan perlu memastikan kesilapan yang sama tidak berulang. – JM
