MCMC Johor anjur taklimat agensi bendung vandalisme infrastruktur telekomunikasi

Wartawan JM
7 OKT. 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Johor telah mengadakan Taklimat Kesedaran Mengenai Peranan Agensi dan Komuniti Dalam Membendung Vandalisme Infrastruktur Telekomunikasi.

Ia bagi menekankan kepentingan memelihara infrastruktur komunikasi daripada perbuatan vandalisme yang menjejaskan kelancaran perkhidmatan kepada masyarakat.

Program ini juga menjadi platform memperkukuh kerjasama antara agensi-agensi berkaitan dalam usaha membanteras vandalisme yang memberi kesan negatif terhadap industri, komuniti dan keselamatan awam.

TELAH DIRASMIKAN OLEH

Taklimat ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Ia melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah Negeri Johor, pihak penyedia perkhidmatan serta agensi-agensi berkaitan.

“Melalui penganjuran ini, diharap terjalin saluran komunikasi yang lebih berkesan bagi membolehkan tindakan segera diambil, sama ada sebagai langkah pencegahan sebelum insiden berlaku atau tindakan susulan selepas kejadian, bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan yang lebih serius,” kata MCMC dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *