Tadbir urus yang baik ialah kompas moral negara – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 OKT. 2025

Tadbir urus yang baik ialah kompas moral negara dalam memastikan kemajuan berpaksikan prinsip, amanah dan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan pelabur meningkat apabila kerajaan berani melaksanakan reformasi dengan perbelanjaan yang strategik, membina struktur ekonomi inklusif agar kemakmuran dirasai semua lapisan masyarakat.

Justeru, kata beliau institusi seperti Khazanah mesti terus menyeimbangkan keuntungan dengan tanggungjawab sosial, memperkukuh daya tahan ekonomi dan menjunjung semangat Malaysia MADANI.

TEGUH DAN BERPRINSIP

Beliau menjelaskan bahawa Malaysia kekal rakan yang teguh dan berprinsip, menjunjung keterbukaan, keadilan serta kemanusiaan sejagat terutama ketika dunia dilanda ketidaktentuan, dari Gaza hingga ketegangan kuasa besar

“Saya turut berbincang dengan Prof. Sir David Spiegelhalter dari University of Cambridge mengenai cabaran dan kebijaksanaan mengemudi dunia yang tidak menentu ini,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu Perdana Menteri berucap di Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2025 di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.- JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *