Sistem pentadbiran awam negara mesti berani keluar daripada kepompong peraturan lama – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 OKT. 2025

Sistem pentadbiran awam negara mesti berani keluar daripada kepompong peraturan lama dan bersedia melakukan anjakan besar demi memenuhi tuntutan zaman yang semakin kompleks serta mencabar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam era yang dipacu oleh teknologi, perubahan iklim, dan desakan rakyat terhadap ketelusan, perkhidmatan awam perlu menjadi lebih tangkas, inovatif dan berani mencuba pendekatan baharu yang lebih relevan serta responsif terhadap keperluan semasa.

PADA PEMATUHAN PROSEDUR

Jelas beliau kekuatan sebenar perkhidmatan awam tidak hanya terletak pada pematuhan prosedur, tetapi juga pada keupayaan untuk menyesuaikan diri, bertindak pantas dan berkesan dalam menghadapi cabaran baharu.

“Saya juga mengingatkan bahawa kejayaan institusi kerajaan bukan bergantung kepada individu semata-mata, tetapi kepada sistem dan struktur yang kukuh, lestari dan mampu beradaptasi dengan perubahan zaman,” kata beliau dalam
hantaran di FB.

Terdahulu beliau merasmikan Persidangan ASEAN: Perkhidmatan Awam Bersedia Menghadapi Masa Hadapan di Hotel Sunway Resort, Selangor. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *