Belanjawan 2026: MCMC perkukuh ekosistem komunikasi dan multimedia negara

Wartawan JM
11 OKT. 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyambut baik penekanan Kementerian Komunikasi dalam
Belanjawan 2026 terhadap usaha memperkukuh kesalinghubungan komunikasi, memperluas pembangunan infrastruktur digital negara, serta memperkasa
masyarakat melalui teknologi dan inovasi.

Kenyataan Komunikasi Korporat
MCMC memaklumkan untuk komited melaksanakan pelbagai inisiatif strategik yang diumumkan di
bawah Belanjawan 2026 bagi memperkukuh ekosistem komunikasi dan multimedia negara serta memastikan rakyat menikmati manfaat teknologi secara inklusif dan seimbang di seluruh Malaysia.

Ia meliputi Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) – RM2 bilion
Pembinaan kabel dasar laut sepanjang 3,190 kilometer (km) dari Johor ke Sabah dan Sarawak bagi memperkukuh kesalinghubungan dan capaian Internet negara.

2,700 LOKASI BAHARU

Juga dengan Peluasan Liputan JENDELA 2 – RM780 juta Peluasan jalur lebar ke 2,700 lokasi baharu, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ketersambungan Internet Fasiliti Kesihatan – RM650 juta bagi meningkatkan sambungan Internet di hospital awam dan klinik kesihatan
bagi memperkukuh perkhidmatan kepada rakyat.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) – RM350 juta bagi memperkasa 1,099 pusat komuniti sebagai hab latihan dan
keusahawanan bagi membantu usahawan desa menjana pendapatan.

Sistem Amaran Awal (EWS) – RM210 juta untuk membangunkan sistem amaran awal bencana bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara dan melindungi rakyat.

NEGARA YANG SELAMAT

Bagi memperkukuh kedaulatan data negara yang selamat dan beretika, MCMC akan membangunkan “Sovereign AI Cloud” dengan pelaburan sebanyak RM2
bilion.

Inisiatif ini turut merangkumi penubuhan AI Transformation Centre
bersama Universiti Multimedia (MMU) serta “Center of Excellence in Ethics for Emerging Technologies” sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan kecerdasan buatan (AI).

MCMC juga menyokong pelaksanaan model dwirangkaian 5G bagi memastikan kedua-dua rangkaian mencapai liputan 80 peratus menjelang 2026, sekali gus
menyediakan perkhidmatan Internet yang lebih pantas dan mampu milik untuk rakyat serta perniagaan.

Pada masa sama, MCMC akan memperluas Kempen Internet Selamat (KIS) bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan penggunaan internet beretika kepada seluruh lapisan masyarakat.

Keseluruhannya, inisiatif di bawah Belanjawan 2026 mencerminkan komitmen MCMC untuk memperkukuh kesalinghubungan, meningkatkan kecekapan
perkhidmatan komunikasi, dan memastikan rakyat di seluruh negara menikmati manfaat pembangunan secara saksama. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *